SweetMuslimah.com

Ahad, 15 Ogos 2010

Mama syg sgt2 anak mama..

Hari isnin, 9hb ogos 2010, pukul2.30ptg selepas makan tengahari.. tiba2 aku bleeding..tp warna darah hanya coklat kepekatan.. tp aku tak risau..n pas solat aku rehat.. tido sampai jam 6 ptg.. selpas tu aku bngun dan jemur kain..tiba2 aku rasa cm bleeding lagi..periksa kat tnadas iya aku bleeding lg...

aku mula cemas dan mengajak kawan untuk ke klinik...alhamdulillah scan tak da pape.. air ketuban n janin masih ada lagi.. malam tu aku rehat..bngun esk pagi aku terpaksa ke kelas coz ada ujian aplikasi komputer.. tp aku berjalan pun terpaksa perlahan ibarat org berpantang.. aku berjaga2 untuk mengelakkan keguguran berlaku...

masa dalam toilet aku cek lg..mmg ada darah lg..aku ke klinik dan scan kandungan sekali lg. alhamdulillah ada lg.. siap jantung pun masih berdetak lg..syukur sgt2...

tp ptg tu aku mula rasa sakit mengulas2 rasa cm nak berak pun ada..rasa cm nak period pun ada.. bawah belakang pun sakit sgt2.. tp aku sedapkan hati..mungkin perkara biasa jer kot...

malam tu aku dh tak tahan muka n tangan dh pucat.. aku makin nak pitam.. tuhan sahaja yg tahu betapa sakitnya aku rasa.. ya Allah.. aku selalu berdoa ketika solat (masa sakit2 tu) kalau bayi ini bawa kebaikan kepada dirinya, diriku family ku agamaku..berikanlah dia peluang untuk terus membesar dalam rahimku.. tapi jika sebaliknya aku pasrah.....

Memang Allah dh makbulkan doaku sebelum pukul 12 mlm aku sudah mengalami kesakitan yang teramat sgt.. aku bernasib baik.. sebab ada kawan2 yang baik hati.. siap dua buah kereta lg menghantarku ke hospital...

sampai sahaja di hospital (11hb ogos/1 ramadhan)..aku terasa ada daging keluar.. Iya.. aku dapat agak mmg dialah BINTANG KECILKU.. mmg aku tiada peluang untuk menangis..kawan2 sibuk buat lawak..

dengar suara suamiku di telefon.. cm nak gugur air mata tp aku tahan.. malu ngan kawan2.. "dah di takdirkan ma.." itu sahaja kata2 yang dia dpt ungkapkan... betapa kuatnya semangar suamiku.. tidak cm aku...

pape pun... MA KASIH SYG... BAGI PELUANG MAMA UNTUK MERASAKAN NIKMATNYA MENGANDUNGKANMU WALAUPUN HANYA DUA BULAN... MAMA TIDAK AKAN LUPAKANMU SAMPAI BILA2.. MAMA SYG KAN MU SGT2.. I LOVE YOU SYG....

semoga Allah bagi rezeki untuk aku mengandung dengan lebih baik lepas ini... aku redha...

ya Allah.. disebalik kejadian ini aku bersyukur.. aku semakin syg dengan kawan2ku.. hubungan kami pun semakin rapat dan sentiasa bekerjasama.. aku juga dpt lihat..bagaimana kuatnya semangat suamiku menghadapi dugaan dan ujian ini... semoga sinar kebahagiaan terus menyelubungi kami.... Amin...

5 ulasan:

  1. Salam.. sis...

    Terimalah ketentuan Ilahi ! maybe x der ezeki kali ini... just Allah nak tumpangkan "DIA" hanya 2 bulan.. nak bagi sis rasa nikmat tu sekejap sahaja.. tapi percayalah ALLAH itu maha Adil dan mungkin dia nak bagi yang lebih baik dari itu...

    Insalllah..

    Layanzzz ajer

    BalasPadam
  2. askum n salam perkenalan akak..

    huhuu sedih gak bace..yelah baby 1st kan..takpe2..cubaaan pertama kurang berjaya, nanti try lagi k... banyak mase lagi..sabar k kak... silalah jenguk blog yana ye...

    BalasPadam
  3. salam kalyisah,
    I penah mengalami saat2 yg u lalui ni. Bersabarlah.. Allah Maha mengetahui apa yg terbaik utk diberikan pada hambaNya...Percayalah dugaan tu sebenarnya ada maksud tersirat disebaliknya

    BalasPadam
  4. Dear Tatie,

    Jangan terlalu sedih! dun think too much also, yang lalu biar ia lalu, k?.. yang paling penting sekarang ialah take care of yourself, health is the most important now before you get pregnant again , dear! and of coz always be positive, i am sure "ALLAH itu maha Adil dan mungkin dia nak bagi yang lebih baik dari itu..."(as wat Abdul Karim MJ's comment said~)

    BalasPadam
  5. thanks semua..n salam perkenalan... mmg dh redha, insyaAllah da rezeki akandtg..Amin

    BalasPadam

Doaku Harapanku...

LinkWithin

SweetMuslimah.com