SweetMuslimah.com

Isnin, 24 Mei 2010

CEMBURU

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan
terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang
berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa
cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar
untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu
buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah
rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah
dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang
positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya
dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini
sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun
wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya
ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak
klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan
itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang
berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan
pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa
yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh
pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan
pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin
sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila
dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana
untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawabawa
dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap
soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada
terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita.
Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah
pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan
perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah
sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa
sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan
cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra
atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah
berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa
cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan
keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait
lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan
cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus
mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada.

Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi
diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang
isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini
diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri
yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan.

Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan
layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.
Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat
antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada
pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan
sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak
sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil
‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas
dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa
hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?
Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma
kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN
DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!


sumber:
Oleh : Qurratu A’Yun
Majalah Sinar Rohani, Feb 2005

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru buat guru2 ku... teristimewa buat suamiku..


Salam...lama rasanya tak bercerita di blog ku yang comel ni.. hehehehe... selamat hari guru buat guru2 di Malaysia terutama buat guru2 yang pernah mendidik aku dari sekolah kebangasaan Lahad datu 2, sekolah menengah kebangsaan agaseh dan sekolah menengah teknik tawau... terima kasih cikgu... kerana mendidik, kalau tak aku tak dapat mencapai tahap sekarang ini... Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik cikgu2..heheheh..


teristimewa jugak buat suami ku yang tercinta.. selamat hari guru pp... semoga pp terus berkhidmat dengan cemerlang sebagai seorang pendidik... yang penting.. jangan garang-garang tau ngan murid2.. nnti ndak ensem... hehehehe... gambar di sebelah ni masa pp kursus KPLI di Maktab Perguruan Gaya.. seriusnya dia... hehehehe... aku curi gmbr dia ni jgn bising2 tau...

Ahad, 16 Mei 2010

63 Petua Keluarga Bahagia


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

» Mental, pendidikan dan ilmu
» Emosi
» Fizikal dan ekonomi
» Sosial
» Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

» Pendapat atau pandangan
» Hobi
» Kegemaran
» Makanan
» Cita rasa
» Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

sumber:
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Jumaat, 7 Mei 2010

Pertahankan imej raja-raja Melayu daripada tercemar

JELEBU 6 Mei - Institusi raja dan media Melayu disaran memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya agar masalah dalaman istana tidak menjadi isu panas yang mengakibatkan tercemarnya imej raja-raja Melayu itu sendiri.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berpendapat, peristiwa yang mengaibkan raja-raja Melayu yang sedang hangat dipaparkan dalam akhbar diibaratkan seperti 'menjual roti canai atau rojak'.

"Sepatutnya ada kewibawaan kita bagi mengehadkan cerita-cerita ini supaya dilunaskan dan diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab.

"Tetapi malang, cerita-cerita ini misalnya seperti yang berlaku di Kelantan sudah jadi topik panas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Jelebu 2010 di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu memberitahu, paparan berita seperti ini bukan sahaja akan menyebabkan orang Melayu rugi malah lebih mendukacitakan akhbar Melayu sendiri yang menjadi juara isu-isu ini.

Justeru jelas beliau, kedua-dua pihak harus faham peranan masing-masing dengan menjaga imej mereka dan media perlu menjadi pengawal kepada perlembagaan dan juga penerus kepada perjuangan.

"Dalam soal ini, kedua-dua pihak harus memainkan peranan tetapi mereka yang berada dalam institusi itu perlu jaga rumah kaca mereka sendiri selain dari kita yang menjadi pengawal kepada perlembagaan dan juga penerus kepada perjuangan," katanya.

Justeru katanya, hanya UMNO sahaja yang mampu memainkan peranan dalam memastikan isu-isu yang boleh melemahkan agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan institusi raja-raja Melayu ditangani.

"Namun keadaan itu tidak berlaku sekarang kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan menjadi juara dalam menyuarakan isu berkaitan orang Melayu .

"Kitalah sepatutnya menerangkan kepada khalayak bahawa 1Malaysia bukan bererti menjual apa pun hak Melayu kepada mana-mana pihak." katanya.

Tegas beliau, konsep 1Malaysia yang digagaskan tidak akan menyebabkan hak orang Melayu terhakis kerana jaminan ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

sumber:
Utusan Malaysia
07 Mei 2010

Tenanglah hati


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


sumber:
Tenanglah Hati
www.iluvislam.com
Ainul Mardiyah
editor:mawaryangtinggi

Khamis, 6 Mei 2010

hmmmm....

Seprti biasa bangun awal pagi dah mandi n solat... tapi hari ini aku tak solat.. hehehe faham2 jerlah... tapi mesti ngantuk.. cam mana lah nak disiplinkan diri bangun subuh wat keje n tak tido.. ni tak pas je hubby pegi keja hah aku pon sambung tido sampai jam 7.30 baru bangun besiap nak pegi Mdld (praktikal) malasnya rasanya... kalau banyak keja semangat jugak aku mau praktikal... ni tak datang buang masa jak... sedihnya... tapi syukur gak lah coz praktikal dekat ngan rumah jadi senang nak balik rumah..

sempat jugaklah aku menyingga di klinik tempat aku keja dulu... hehehehe wah ramai dah beranak pinak.. mesti tanya kat aku bila.. sedihnya bila di tnya.. coz belum ada rezeki lagi.. tak perla mungkin Allah tak bagi lagi rezeki coz tahu aku mungkin tak boleh lagi pregnant kalau study... tp aku kena berusaha juga.. hehehe(tergelak nakal)..

hari ni aku balik awal tengah hari... 12.30 dah keluar, bosan betul.. ngantuk aku... harap2 minggu ni jer. harap2 minggu depan da lah keja.. lawat site ke apa ke... banyak benda boleh belajar disini.. tp tak berani lak nak ikut2.. tu kerja diorang tunggu arahan dulu kalau diorang bagi.. baru ikut..

tu jerlah laporan untuk hari ini... satu nak cakap result kenegaraan n technical writing dah keluar.. sedih juga... napa tak dapat A BULAT...geram..geram..geram... pape pun bersyukur jugak tak lah teruk sangat... cuma pointer sem ni ntah macam mana.. harap2 meningkat.. Amin....

SALAH FAHAM: DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER


Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan,

lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.

Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith Ertinya : "Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW Ertinya : "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?


sumber :
www.iluvislam.com
Ustaz hj Zaharuddin hj Abd Rahman*
dihantar oleh: ahmad hamka
editor: azzahra_solehah

Hmmm....hmmmmm

Melihat ungkapan di atas... semamngnya menggambarkan aku tengah kebosanan dengan praktikal... kalaulah praktikal tak payah ambik baik aku tak yah ambik.. dengan kebosanan yang melanda.... AAAAA....!!!!! masa diploma praktikal juga cam ni tak banyak benda yang dibelajar... cam mana nak maju ni tatie?????

Oleh kerana aku pun kena ikut peraturan syarikat jadi ikut jerlah...

Doaku Harapanku...

LinkWithin

SweetMuslimah.com