SweetMuslimah.com

Sabtu, 25 Disember 2010

The end of year 2010

Alhamdulillah..
banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang 2010 ini... tak th nak nak mula dari mana..hehehehhe maklumlah dah lama tak update blog ni, dah berhabuk blog comel ini, heheheh,

6hb 12 syukur itulah paper last pengajian di UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.. bnyk kenangan, pengalaman yang diperolehi.. yang paling penting thank you Allah... sebab dengan izinMU dapatlah aku menamatkan pegajian di UTHM ini.. insyaAllah bulan 9 atau 10 tahun depan aku akan berkonvo.. mudah2han dipermudahkanNYA amin..

terima kasih terutama kepada my lovely Husband Nuawi Che Esa, yang banyak berkorban, tenaga, masa dan wang ringgit untuk memastikan aku menamatkan pengajian di UTHM dengan cemerlang..
seterusnya kepada kedua ibubapa.. ma kasih banyak2 dengan doa dan sokongan serta pembiayaan sebelum aku bergelar isteri..

sekarang mula lah kehidupan ku yang baru... tidak berjauhan dengan suami lagi..itulah saat yang bahagia, dpt menyediakan makanan, pakaian dan sentiasa bersama suami...Amin.. thank u Allah

Selasa, 12 Oktober 2010

cite yang sedih..yang membuatkan aku semakin rindu ngan papa.. heheheh

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Ahad, 10 Oktober 2010

Majlis Anugerah Dekan

Salam...
Lama sgt tak membebel dalam blog yang comel ni...dah behabuk rasanya.. mmg sangat2 kebizian melanda.. dengan test, asgmnt psm lagi.. mmg tido pun tak cukup.. mata bengkak je.. heheheh pape pun, semua rasa seronok bila terigt2 kembali... kenangan manis bila dah habis study nnti..

pada 29/09/2010.. diadakan majlis anugerah dekan..syukur alhamdulillah aku dapat lagi menaiki pentas untuk menerima sijil dekan.. thank you Allah...ma kasih mak ayah teristimewa buat suami ku.." thnk you, sbb faham ngan kerjaya mm sebagai student, n terpaksa berjauhan ngan pp seketika untuk mendapatkan segulung ijazah.. syg sgt2 kat pp... "






Sabtu, 2 Oktober 2010

Alhamdulillah..rezeki yang tak disangka2

salam...
hmmm..nak strat ngan apa dulu ek... ok.. hmmm, alhmadulillah.. bisnes yg aku join ni... semalam barang n smartlink dh sampai n ada lagilah... cm buku,katalog, cd.. n bnyk lagi dia sertakan.. hmm...cam yakin je ngan bisnes ni tau walaupun dh seminggu tak dapat recruit org lagi, tp keyakinan tu cm lain macam sikit.. hehehhe

hmmm..untuk pengetahuan, aku pernah join bnyk bisnes cm ni sebelum ni...tp semuanya tinggal cam tu je, tp sejak aku join uptrend ni.. alhamdulillah, leader selalu ajak wat perjumpaan n ajar cara2 nak bisnes cara nak ckp ngan org n sebagainya, syukur ilmu yang ssh aku nak dapat..

insyaAllah pas ni aku nak lebih serius dalam bisnes ni.. aku akan berusaha, cayok2....



Ahad, 26 September 2010

Aku & bisnes...

Sorang kawan da wat bisnes ni... tp aku ni tak lah berapa yakin sangat ngan bisnes ni.. pas tu lepas je raya, aku tengok dia da income balik modal dah.. hmmm.. kalau dia boleh kenapa aku tak boleh lak kan.. pas je raya mintak izin ngan suami nak ikut bisnes ni.. sekarang aku baru 3 hari menjadi ahli..

nak di pendekkan cerita banyak jugaklah aku ikut diorang punya talk.. memang excellent lah... !!!!..
aku berpegang.. pape pun bisnes kena usaha dan mesti guna orang kan.. bisnes yang konvensional pun kena ada orang.. kalau tak siapa nak beli barang diorang nanti.. hehehe..

so insyaAllah.. aku akan yakin dengan bisnes ni.. cuma aku kena usaha lagi lebih.. kalau diorang boleh aku mesti boleh...

kepada pembaca blog ku.. kalau nak join bisnes ni... bolehlah email kalyisah_83@yahoo.com ye..aku nak maju n tolong diri sendiri.. so nak juga tolong org lain untuk maju n dapat income hanya dengan bisnes e-dagang.. heheheh

kepada yang tak berminat, tak yahlah.. n jgn wat tuduhan yang bukan2 aku tak paksa tau.. bisnes ni untuk org yang nak mengubah kehidupan masing2...

ingat.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia mengubah dirinya sendiri...
papepun perkara kita lakukan, kena usaha, doa dan tawakkal.. tiada benda yang muda, tp kita boleh memudahkan dengan pelbagai cara...

thats all for... this morning.. heheheh

p/s untuk pp: doakan mm ya pa.. moga berjaya dalam bisnes n study.. nak dpt first class ni pa.. hehehe.. nak juga first class dalam bisnes..hehehe..

Ahad, 15 Ogos 2010

Mama syg sgt2 anak mama..

Hari isnin, 9hb ogos 2010, pukul2.30ptg selepas makan tengahari.. tiba2 aku bleeding..tp warna darah hanya coklat kepekatan.. tp aku tak risau..n pas solat aku rehat.. tido sampai jam 6 ptg.. selpas tu aku bngun dan jemur kain..tiba2 aku rasa cm bleeding lagi..periksa kat tnadas iya aku bleeding lg...

aku mula cemas dan mengajak kawan untuk ke klinik...alhamdulillah scan tak da pape.. air ketuban n janin masih ada lagi.. malam tu aku rehat..bngun esk pagi aku terpaksa ke kelas coz ada ujian aplikasi komputer.. tp aku berjalan pun terpaksa perlahan ibarat org berpantang.. aku berjaga2 untuk mengelakkan keguguran berlaku...

masa dalam toilet aku cek lg..mmg ada darah lg..aku ke klinik dan scan kandungan sekali lg. alhamdulillah ada lg.. siap jantung pun masih berdetak lg..syukur sgt2...

tp ptg tu aku mula rasa sakit mengulas2 rasa cm nak berak pun ada..rasa cm nak period pun ada.. bawah belakang pun sakit sgt2.. tp aku sedapkan hati..mungkin perkara biasa jer kot...

malam tu aku dh tak tahan muka n tangan dh pucat.. aku makin nak pitam.. tuhan sahaja yg tahu betapa sakitnya aku rasa.. ya Allah.. aku selalu berdoa ketika solat (masa sakit2 tu) kalau bayi ini bawa kebaikan kepada dirinya, diriku family ku agamaku..berikanlah dia peluang untuk terus membesar dalam rahimku.. tapi jika sebaliknya aku pasrah.....

Memang Allah dh makbulkan doaku sebelum pukul 12 mlm aku sudah mengalami kesakitan yang teramat sgt.. aku bernasib baik.. sebab ada kawan2 yang baik hati.. siap dua buah kereta lg menghantarku ke hospital...

sampai sahaja di hospital (11hb ogos/1 ramadhan)..aku terasa ada daging keluar.. Iya.. aku dapat agak mmg dialah BINTANG KECILKU.. mmg aku tiada peluang untuk menangis..kawan2 sibuk buat lawak..

dengar suara suamiku di telefon.. cm nak gugur air mata tp aku tahan.. malu ngan kawan2.. "dah di takdirkan ma.." itu sahaja kata2 yang dia dpt ungkapkan... betapa kuatnya semangar suamiku.. tidak cm aku...

pape pun... MA KASIH SYG... BAGI PELUANG MAMA UNTUK MERASAKAN NIKMATNYA MENGANDUNGKANMU WALAUPUN HANYA DUA BULAN... MAMA TIDAK AKAN LUPAKANMU SAMPAI BILA2.. MAMA SYG KAN MU SGT2.. I LOVE YOU SYG....

semoga Allah bagi rezeki untuk aku mengandung dengan lebih baik lepas ini... aku redha...

ya Allah.. disebalik kejadian ini aku bersyukur.. aku semakin syg dengan kawan2ku.. hubungan kami pun semakin rapat dan sentiasa bekerjasama.. aku juga dpt lihat..bagaimana kuatnya semangat suamiku menghadapi dugaan dan ujian ini... semoga sinar kebahagiaan terus menyelubungi kami.... Amin...

Selasa, 3 Ogos 2010

Perkembangan baby minggu ke 9

Alhamdulillah dah 9 minggu aku pregnant... syukur ya Allah.. masa duk boring-boring ni sempatlah juga aku search kat tenet.. mengenai perkembangan baby pada minggu ke 9... rasa seronok sangat2.. tak sabar rasanyer..

Minggu Ke 9 (sumber : www.mengandung.com)
  • Saiz bayi Sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci.
  • Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini.
  • Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

cam nilah gambaran baby dalam perut mama ek....

.......Thank You Allah........

Rindu pp

Oleh kerana semester ni lah semester yang paling rileks..jd aku makin rindu ngan pp..nak balik tapi keadaan ku tak mengizinkan..dktr tak bagi travel jarak jauh ni..wawawawaw!!! sedeynyer..tp tak perlah demi baby baby kami ni insyaAllah segala kerinduan itu ada hikmahnya...hehehehe..

sabtu baru ni kakak ipar datang membawa buah mangga muda, mangga masak n buah epal..wah gembiranya..terharunya..yerlah dahlah duk ngan suami berjauhan...sedey2 sungguh... nasib baik semester ni adik ipar aku juga masuk universiti ini..so adalah kawan balik kelantan bila raya nanti...heheheh InsyaAllah..

rasa-rasayan kalau nak kira hari lama je..tunggu 5 september nak jumpa pp..rindu gile..hehehe..
syukur sangat-sangat coz masa pregnant ni tak lah bnyak alahan sangat.. cuma cepat penat n kuat tido..hehehhe tulah aktiviti aku setiap hari tido, makan, study..hahahahah

hari ni dah masuk minggu ke 9 kandunganku..alhamdulillah..semoga baby dalam perut sihat-sihat sahaja.. 18 Ogos nak pegi klinik lagi.. pemeriksaan ngan doktor lak..harap2 adalah scan masa tu.. kalau tak nnti balik kelantan nak ajak pp pg klinik nak scan keadaan baby cam mana..sihat n ok sahaja..harap2.. Amin..

tu sahaja..nak baringlah kenyang sangat tadi makan nasi+telur dadar+sup sayur.. hehehe

Selasa, 20 Julai 2010

Minggu wat Soal selidik PSM

ingat jer PSM.. wui dah serabut rasanya...tp bila wat soal selidik tadi, alhamdulillah tak der lah susah mana..dah siap alhamdulillah.. cuma insyaAllah petang ni nak jumpa en Kamal lepas kelas kot nak tanya sal borang tu ok ke tak.. harap2 dia ada penambahan lagi sal borang tu so bolehla soalan2 aku jadi lebih power..hehehe

for my little baby... harap2 nnti masa edar borang soal selidik, aku boleh bergerak aktif.. Amin... kandungan dah masuk 7 minggu.. sikit lagi dah nak 2 bulan dah.. wah rasa terharu.. bila baca2 dalam internet perkembangan baby by week.. terharu, gembira n kagum dengan kuasa Allah.. Thank You Allah..

Alhamdulillah sem ni jadual tak lah padat sangat banyak jugalah rehat2 tp...rehat tak rehat.. psm kena go on..heheheh.. harap2 baby dah keluar nnti jadi anak yang soleh @ solehah n anak yang bijak n pandai..Amin..

that's all for to day..

Khamis, 15 Julai 2010

.....DOAKU......

Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal.

Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Thank You Allah

Masih ingat lg masa itu, hari selasa 6 Julai.. tergerak hati nak wat pregnant test.. beli kat kedai upt strip.. n wat test.. masa tu cm nak nangis jer... tak sangka aku akan menjadi seorang ibu.. saat yang kami tunggu2.. Thank U Allah.. malam tu pg klinik cek untuk confirmkan..Alhamdulillah, memang sah aku mengandung, masa tu aku hapy sangt tengok suami hapy, wajahnya betul2 gembira.. baru dpt aku rasa beginilah perasaan gembira sepasang suami isteri bila bakal menjadi ibu dan ayah... tak habis2 aku mengucapkan syukur kepada Allah.. thank U Allah..thank U Allah..thank U Allah.... menitik air mataku...

seperkara yang membuatkan aku betul2 bersyukur, aku tidak mengalami alahan yang teruk. iyelah kalau ikut pengalaman mak dulu dia kena alahan teruk.. mak cakap "Allah itu adil" ya Allah maha pengasih, penyayang, pengampun dan berkuasa... mungkin hikmahnya disebabkan aku masih ada satu semester lagi di UTHM ini.. aku akan cuba menjaga kandungan ini dengan sebaiknya.. walaupun kadang2 diuji dengan sakit, pening, penat... tapi itulah dugaan..

sebelum balik ke johor ni..nak sgt makan buah rambutan... mak, bapa n suami ku siap beli rambutan..semua habis aku bedal..tp adik2 ada gak membantu... heheheh..tp bapa lg kesian, jauh dia pg kunak di kebun nenek ambik rambutan..mak lak beli dekat rumah, suami aku lak beli kat tepi jalan.. sehari semua habis dibedal....

sampai johor ni.. nak makan jer rasanya..perut kenyang tp nak mengunyah jer...
malam ni nak makan bihun tomyam..

Khamis, 3 Jun 2010

Selamat Hari Guru pp...

Nyum2.. dapnyer..

simple makanan kami masa tu.

ni lah kek untuk pp.. comel tak?
nilah watak utama

Hari ni sebab kebosanan yang teramat sgt.. jd sempatlah aku mengupload gambar2 masa wat suprise untuk pp hari guru.. tersengih2 dia masa dia th.. heheheh... hapi tengok pp hapi.. pape pun semoga pp berjaya dalam kerjaya sebagai seorang guru.. jgn garang2 tau..

Qunut Nazilah untuk palestin









Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

ameen.

Isnin, 24 Mei 2010

CEMBURU

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan
terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang
berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa
cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar
untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu
buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah
rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah
dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang
positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya
dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini
sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun
wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya
ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak
klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan
itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang
berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan
pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa
yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh
pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan
pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin
sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila
dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana
untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawabawa
dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap
soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada
terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita.
Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah
pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan
perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah
sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa
sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan
cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra
atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah
berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa
cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan
keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait
lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan
cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus
mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada.

Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi
diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang
isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini
diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri
yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan.

Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan
layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.
Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat
antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada
pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan
sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak
sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil
‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas
dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa
hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?
Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma
kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN
DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!


sumber:
Oleh : Qurratu A’Yun
Majalah Sinar Rohani, Feb 2005

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru buat guru2 ku... teristimewa buat suamiku..


Salam...lama rasanya tak bercerita di blog ku yang comel ni.. hehehehe... selamat hari guru buat guru2 di Malaysia terutama buat guru2 yang pernah mendidik aku dari sekolah kebangasaan Lahad datu 2, sekolah menengah kebangsaan agaseh dan sekolah menengah teknik tawau... terima kasih cikgu... kerana mendidik, kalau tak aku tak dapat mencapai tahap sekarang ini... Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik cikgu2..heheheh..


teristimewa jugak buat suami ku yang tercinta.. selamat hari guru pp... semoga pp terus berkhidmat dengan cemerlang sebagai seorang pendidik... yang penting.. jangan garang-garang tau ngan murid2.. nnti ndak ensem... hehehehe... gambar di sebelah ni masa pp kursus KPLI di Maktab Perguruan Gaya.. seriusnya dia... hehehehe... aku curi gmbr dia ni jgn bising2 tau...

Ahad, 16 Mei 2010

63 Petua Keluarga Bahagia


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

» Mental, pendidikan dan ilmu
» Emosi
» Fizikal dan ekonomi
» Sosial
» Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

» Pendapat atau pandangan
» Hobi
» Kegemaran
» Makanan
» Cita rasa
» Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

sumber:
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Jumaat, 7 Mei 2010

Pertahankan imej raja-raja Melayu daripada tercemar

JELEBU 6 Mei - Institusi raja dan media Melayu disaran memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya agar masalah dalaman istana tidak menjadi isu panas yang mengakibatkan tercemarnya imej raja-raja Melayu itu sendiri.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berpendapat, peristiwa yang mengaibkan raja-raja Melayu yang sedang hangat dipaparkan dalam akhbar diibaratkan seperti 'menjual roti canai atau rojak'.

"Sepatutnya ada kewibawaan kita bagi mengehadkan cerita-cerita ini supaya dilunaskan dan diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab.

"Tetapi malang, cerita-cerita ini misalnya seperti yang berlaku di Kelantan sudah jadi topik panas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Jelebu 2010 di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu memberitahu, paparan berita seperti ini bukan sahaja akan menyebabkan orang Melayu rugi malah lebih mendukacitakan akhbar Melayu sendiri yang menjadi juara isu-isu ini.

Justeru jelas beliau, kedua-dua pihak harus faham peranan masing-masing dengan menjaga imej mereka dan media perlu menjadi pengawal kepada perlembagaan dan juga penerus kepada perjuangan.

"Dalam soal ini, kedua-dua pihak harus memainkan peranan tetapi mereka yang berada dalam institusi itu perlu jaga rumah kaca mereka sendiri selain dari kita yang menjadi pengawal kepada perlembagaan dan juga penerus kepada perjuangan," katanya.

Justeru katanya, hanya UMNO sahaja yang mampu memainkan peranan dalam memastikan isu-isu yang boleh melemahkan agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan institusi raja-raja Melayu ditangani.

"Namun keadaan itu tidak berlaku sekarang kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan menjadi juara dalam menyuarakan isu berkaitan orang Melayu .

"Kitalah sepatutnya menerangkan kepada khalayak bahawa 1Malaysia bukan bererti menjual apa pun hak Melayu kepada mana-mana pihak." katanya.

Tegas beliau, konsep 1Malaysia yang digagaskan tidak akan menyebabkan hak orang Melayu terhakis kerana jaminan ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

sumber:
Utusan Malaysia
07 Mei 2010

Tenanglah hati


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


sumber:
Tenanglah Hati
www.iluvislam.com
Ainul Mardiyah
editor:mawaryangtinggi

Khamis, 6 Mei 2010

hmmmm....

Seprti biasa bangun awal pagi dah mandi n solat... tapi hari ini aku tak solat.. hehehe faham2 jerlah... tapi mesti ngantuk.. cam mana lah nak disiplinkan diri bangun subuh wat keje n tak tido.. ni tak pas je hubby pegi keja hah aku pon sambung tido sampai jam 7.30 baru bangun besiap nak pegi Mdld (praktikal) malasnya rasanya... kalau banyak keja semangat jugak aku mau praktikal... ni tak datang buang masa jak... sedihnya... tapi syukur gak lah coz praktikal dekat ngan rumah jadi senang nak balik rumah..

sempat jugaklah aku menyingga di klinik tempat aku keja dulu... hehehehe wah ramai dah beranak pinak.. mesti tanya kat aku bila.. sedihnya bila di tnya.. coz belum ada rezeki lagi.. tak perla mungkin Allah tak bagi lagi rezeki coz tahu aku mungkin tak boleh lagi pregnant kalau study... tp aku kena berusaha juga.. hehehe(tergelak nakal)..

hari ni aku balik awal tengah hari... 12.30 dah keluar, bosan betul.. ngantuk aku... harap2 minggu ni jer. harap2 minggu depan da lah keja.. lawat site ke apa ke... banyak benda boleh belajar disini.. tp tak berani lak nak ikut2.. tu kerja diorang tunggu arahan dulu kalau diorang bagi.. baru ikut..

tu jerlah laporan untuk hari ini... satu nak cakap result kenegaraan n technical writing dah keluar.. sedih juga... napa tak dapat A BULAT...geram..geram..geram... pape pun bersyukur jugak tak lah teruk sangat... cuma pointer sem ni ntah macam mana.. harap2 meningkat.. Amin....

SALAH FAHAM: DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER


Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan,

lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.

Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith Ertinya : "Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW Ertinya : "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?


sumber :
www.iluvislam.com
Ustaz hj Zaharuddin hj Abd Rahman*
dihantar oleh: ahmad hamka
editor: azzahra_solehah

Hmmm....hmmmmm

Melihat ungkapan di atas... semamngnya menggambarkan aku tengah kebosanan dengan praktikal... kalaulah praktikal tak payah ambik baik aku tak yah ambik.. dengan kebosanan yang melanda.... AAAAA....!!!!! masa diploma praktikal juga cam ni tak banyak benda yang dibelajar... cam mana nak maju ni tatie?????

Oleh kerana aku pun kena ikut peraturan syarikat jadi ikut jerlah...

Isnin, 12 April 2010

nak kata kecewa tak jugak... nak kata gembira tak jugak...

susulan dari keadaan ku yang kurang sihat minggu lepas... aku dapat rasa aku dh prgnt... hmmm tp rupanya period.. nak gelak gak rasanya.. hehehehe.. mungkin da hikmahnya.. coz aku masih study.. suami pun tak nak aku dok jauh ngan dia.. lagi2 kalau berbadan dua nanti... wah.. betul tak pa??? hehehehe

pape pun.. kawan2 doakan aku semoga cepat da baby... hehehe.. masa terdekat ni mungkin DIA tak bagi lagi. satu nak cerita, kawan kat kg yang dah 3 tahun kawin baru prgnt.. gembiranya aku, dialah kawan aku masa kecik2 dulu, di buli di ngata ngan kawan lain dialah kawan aku... hahahaha...

tu jelah... pp nak balik sekolah dhni... nak masak... hehehe

Sabtu, 3 April 2010

Pening, mual, loya...


hari ni dah 3 hari aku rasa pening, mual n loya.. aku tak tahu adakah ini tanda aku pregnat????. kelamrin ke PKU nak periksa konon, tapi ngadu kat doktor tu pelik lah pulak tak sentuh langsung pun pesakit. aku pernah gak keja kat klinik, tak pernah jumpa doktor cam tu.... patutnya watlah pemeriksaan, cek tekana darah, suhu badan ni tak.. tanya sakit pastu aku nak minta test UPT pun tu aku yang mintak ish2 pelik doktor ni... patutlah ramai ngadu.. kalau cam tu baik aku beli ubat je... oening, muntah loya... dah tak yah chek..

walaupun reultnya -ve.. tapi aku dh mesej mc, die lak ckp tak leh pecaya ngan UPT test... hmmmm wat aku konfius.... pape pun aku kena jg kesihatan.. asgmnt banyak minggu depan nak present PSM 1 lak... aku tak boleh mengalah. kalau betul ada baby kau kena tunggu period aku bulan ni.. kalau tak datang memang sahlah kau prgnt.. n memang sahlah test air kencing guna upt test tak leh gunapakai... heheheh...

Isnin, 29 Mac 2010

MOTIVASI : RESEPI KEJAYAAN

"Whatsoever you do, go with all your heart..."

" Ana rasa gelisah lah. Macam tak prepare ja nak ambik periksa tahun ni."

" Macam mana ni? Sebulan ja lagi."

Itulah antara komentar-komentar yang saya terima daripada adik-adik bakal calon SPM sekolah lama saya apabila saya menziarahi sekolah kesayangan saya baru-baru ini. Pelbagai karenah yang dapat saya lihat melalui riak-riak wajah mereka.

Ada yang menunjukkan wajah yang tenang, mampu tersenyum dan gembira seperti biasa. Bahkan masih lagi mampu melakukan usrah terhadap 'anak-anak buah'nya... Memantapkan fikrah dan rohani.

Ada yang wajahnya memancarkan bibit-bibit kegelisahan dalam diri. Gigih di saat-saat akhir menjelangnya SPM atau periksa.

Ada yang kekal di takuk yang lama. Masih lagi leka dan alpa. Leka dengan keasyikn dan keseronokan dunia.

Dan itulah mereka-mereka yang bakal 'berjuang' di dalam medan jihad menuntut ilmu. Dalam ketiga-tiga golongan di atas, pada kalian siapa yang akan mencapai kejayaan? sama-sama kita koreksi diri kira, muhasabah diri.

Hakikat penciptaan manusia, Allah SWT menutuskan kita sebagai hambaNya mengabdikan diri kepada Yang Maha Kuasa. Allah SWT berfirman dalam Surah Adz-Zariyat ayat 56 ; Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Jika ditimbang-timbang, perkataan ibadah itu merangkumi seluruh perbuatan kita dengan beberapa syarat tertentu; kerana Allah SWT, menepati syari'at Islam dan lain-lain. Maka, dalam hal menuntut ilmu juga merupakan salah satu daripada skop ibadah jika dilakukan dengan niat yang benar dan jelas.

Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11;

"...Dan sesungguhnya Allah SWT mengangkat darjat mereka-mereka yang berilmu dengan beberapa darjat...."

Maka dengan ini, post saya pada kali ini merupakan tips-tips dan motivasi bagi membuka mata dan hati kita semua, sebelum kita 'berjuang' dalam peperiksaan. Umumnya, saya tujukan buat adik-adik tingkatan lima 2009 seluruh Malaysia. Akan tetapi, segala pengajaran dan perkaa baik itu bolehlah kita semua ambilkan sebagai pegangan dalam jihad menuntut ilmu.

Belajar Bukan Untuk Periksa...

"Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri..."

Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka mendapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan.

Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis.





MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?

Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim

Rasulullah SAW kemudian memperjelas dengan bersabda: "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga masuk ke liang lahad."

Atau dalam hadis yang lain: "Menuntut ilmu adalah wajib bagi muslim laki-laki dan muslim perempuan."

Seharusnya kita semua sedar bahawa menuntut ilmu itu seharusnya di 'istiqamah' kan sehinggalah ke saat nyawa di hujung halqum. Namun realitinya sekarang ini berbeza. Ramai insan-insan yang dahulunya merupakan seorang pelajar, pelajar yang bijak dan pintar, apabila melangkah ke alam pekerjaan menjadikan diri mereka ini sebagai manusia yang mempunyai 'mentaliti mangsa' - suka menyalahkan sesuatu keadaan/ situasi.

"Alah, aku dah kerja, buat apa belajar lagi! Buang masa ja."

Saya sebenarnya agak berasa satu kerugian kerana saya telah agak lama meninggalkan satu subjek yang saya amat-amat gemari dan mahir, MATEMATIK. Hal ini kerana jurusan saya (Human Sciences) di univerisiti tidak ada subjek Matematik dalam jurusan tersebut. Agak terasa kesan kehilangannya meninggalkan bidang kira-kira ini buat diri saya. Sedih juga...

Maka, sebelum menghadapi peperiksaan, saya ingin mengajak kita sama-sama perbetulkan niat kita menuntut ilmu dan berguru selama ini. Perlu diketahui bahawa peperiksaan itu hanya sebagai wasilah (jalan) untuk menguji, setakat manakah kita menguasai sesuatu bidang tersebut.

Dan yang paling penting, niat menuntut ilmu itu perlulah jelas. Kita meletakkan mencapai redha Allah SWT sebagai yang utama, kemudian barulah mencapai kejayaan itu sendiri. Tanpa redha Allah SWT, segala usaha dan perahan otak kita itu hanya sia-sia.

Dan Allah SWT jugalah yang memberikan kejayaan kepada hamba-hambaNya.

Ingat! Belajar bukan untuk peperiksaan tetapi peperiksaan itu hanya sebagai wasilah kepada kejayaan redha Allah SWT, dunia dan akhirat.


Formula Kejayaan Seorang Muslim

" The art of living is more like wrestling than dancing..."

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja


"Yes! Dapat keputusan cemerlang... 17A tu. berbaloi pun usaha aku selama ni."

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Jarang sekali kita bersyukur...

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar 'berbatu-batu' jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah

Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu 'meminta'. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.

Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?

Maka ingin saya katakan di sini;

"La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma'ana"

Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi 'perangsang' kepada kebangkitan kita yang seterusnya.

Mungkin, Allah SWT menagguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur...

Saya pernah berhadapan dengan situasi kegagalan dalam peperiksaan. Menangis kesedihan, penuh dengan rasa kecewa. Tetapi, muhasabahlah yang menguatkan hati-hati kita. Kerana hati itu raja bagi sekelian diri.

Jika berjaya kamu bersyukur...

Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang teripta dengan lebih tersusun...

Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita...

Penutup: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar...

Akhir kalam, sebelum saya menamatkan perkongsian saya kali ini, ingin saya katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

Oh Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah juga hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

sumber :

*Hakcipta : Kesetiaan Yang Sempurna
Oleh : brohandzalah*
Editor : naadherah

Ahad, 28 Mac 2010

Usah jadikan gemuk, badan berbau alasan bercerai


BENARKAH tubuh badan yang gemuk, berbau busuk serta tidak pandai menjaga keterampilan diri khususnya ketika hendak melakukan hubungan seks dikatakan antara faktor penyebab berlakunya perceraian di negara ini?


Biarpun isu ini bukan satu perkara yang mengejutkan, pendedahan yang dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, baru-baru ini, berdasarkan satu kajian secara rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) perlu diberi perhatian.


Murugiah berkata, faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa pasangan suami isteri bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.
Katanya, masalah itu bukan sahaja tertumpu kepada wanita, tetapi juga kepada lelaki yang dilihat tidak menjaga diri seperti berperut buncit, tidak memberus gigi, mulut berbau busuk serta pelbagai lagi kekurangan fizikal yang menyebabkan isteri tidak tahan atau tidak dapat menerimanya.


Tambahnya lagi, di negara ini peratus perceraian mencecah 22 peratus sejak beberapa tahun lalu dan dijangka terus meningkat dan antara penyumbang kepada kes-kes tersebut adalah masalah hubungan di antara suami isteri yang tidak dapat diselesaikan.


Lantas apabila ditimbulkan persoalan ini kepada Pensyarah Jabatan Undang-Undang Islam, Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Datin Paizah Ismail, beliau menegaskan, usah jadikan faktor busuk dan gemuk itu sebagai satu dasar yang 'kukuh' untuk melafazkan perceraian.


Baginya, masalah seperti badan berbau dan fizikal itu masih boleh diselesaikan dan ia bukanlah satu alasan yang boleh menjurus penyebab perceraian.
''Di zaman yang serba moden ini, banyak produk atau bahan-bahan yang boleh menjadi pemangkin ke arah penampilan diri yang menarik.


''Sebagai contoh, penggunaan alat solek, minyak wangi, mandian spa dan sebagainya adalah salah satu kaedah yang boleh membantu mereka yang bermasalah badan berbau,'' katanya berseloroh.
Jelasnya lagi, Islam sendiri menitik beratkan aspek kebersihan, oleh itu individu terbabit perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas agar terhindar daripada sebarang masalah kesihatan.
"Bukankah kebersihan itu merupakan cerminan keimanan?
''Dalam erti kata lain, kita yang sering bertemu dengan orang ramai, sahabat handai, eloklah sekiranya keterampilan kita dilihat bersih dan terurus,'' katanya.


Namun, sekiranya suami atau isteri itu ingin juga bercerai hanya kerana masalah fizikal dan bau badan, mungkin ada alasan lain di sebalik maksud itu. Mungkin ketika itu hati mereka sudah tidak ada rasa kasih lagi mahu pun sudah 'melihat' insan lain.


Apabila menyentuh mengenai masalah fizikal, Paizah menasihatkan para suami atau isteri agar menerima keadaan pasangan mereka seadanya.
''Siapa yang tak nak cantik. Tapi janganlah pula kita merubah fizikal kita dengan menggunakan pelbagai kaedah yang boleh memudaratkan diri dan menyalahi hukum dengan mengubah apa yang Tuhan sudah berikan kepada kita, kecuali atas dasar kesihatan,'' katanya.


Paizah juga menyarankan agar pihak isteri dan suami saling nasihat-menasihati diri pasangan masing-masing atas dasar bagaimana keadaan yang mereka berdua mahukan demi kesejahteraan rumah tangga masing-masing.


''Sekiranya suami nasihat, isteri kena dengar, begitu juga suami, dia juga perlu dengar. Kena ada saling berkompromi dalam hal-hal seperti ini,'' katanya.


Pun begitu, beliau juga menasihatkan agar para isteri berhias untuk suami mereka.
''Bukannya kita nak berhias secara lebih-lebih, cukuplah sekadar dapat menyenangkan hati suami kita yang memandang. Jangan jadikan kesibukan menguruskan rumah tangga sebagai alasan untuk kita tidak sempat berhias diri,'' ujarnya.
sumber : utusan malaysia (rosmah dain, 24/03/2010)

Rabu, 24 Mac 2010

kesibukan membuat aku kurang sihat

sejak akhir-akhir ini aku rasa kurang sihat jer... adakah sebab kesibukanku? atau sebab aku dah berisi?????.... susah nak tafsirkan.. aku tak nak mengharap.. apa-apa pun tunggu jerlah bulan depan.. kalau period lewat baru boleh cek.. UPT.. +ve or -ve aku terima saja... aku tak boleh lewat mkn dah skrg... jam 11 perut tak de isi mesti pedih uluhati... malam kalau tak mesti nak makan sup tom yam... malam ni aku sorang semua keluar.. kwn da sorang tapi tido.. tak dapat tom yam, magie tom yam pun jadilah asalkan dah berkuah... hehehehe...

Sabtu, 13 Mac 2010

sekadar ingin berkongsi cerita...

cite yang menyentuh hati, perasaan dan nurani ku.... harap2 suami ku jenis macam ni..
KASIH SEORANG SUAMI DAN AYAH

Assalamualaikum,
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

thank kepada yang mereka cite ini, saya pun tak tahu betul atau tidak pengalaman ni... tapi betul2 terharu dengan cite ni...

Rabu, 10 Mac 2010

EGO........................


Ya.. ramai yang tidak suka dengan EGO.. ya aku tahu, kalau ego berlebihan ia akan memakan diri... ego.. bila digunakan di tempat yang betul ia akan membawa kepada kebaikan.. kadang-kadang aku menjadi ego.. ya ego untuk mempertahankan apa yang aku rasa benar dan betul.. bukan kerana aku melawan atau tak ingin mengalah.. tapi aku tak boleh mengalah pada perkara yang aku rasakan pendapat aku lebih boleh diterima pakai.. sampai satu tahap aku kena ego untuk mempertahankan pendapat itu... itulah aku...


dulu... aku hanya mengiyakan apa yang dikatakan .. apa pendapat dan sebagainya.. tapi sampai bila???? aku ada prinsip.. tak kan nak jadi pak turut... aku pun akan kerja satu hari nnti.. kalau aku hanya mengikut tanpa mengemukakan apa-apa pendangan atau pendapat sampai bila otak aku berkembang untuk jd lebih matang dan cergas untuk berfikir..


gunakanlah ego untuk kebaikan.. jgnlah jadi mangsa tindasan.. tp kandangkala kita kena mengalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.. mengalah tidak semestinya kalah

Ahad, 7 Mac 2010

My ZiraF..

merajuk ker...

tengok tu.. pandang belakang lak..

ni ekor..

ni muke....

ni mata....





Doaku Harapanku...

LinkWithin

SweetMuslimah.com