SweetMuslimah.com

Isnin, 29 Mac 2010

MOTIVASI : RESEPI KEJAYAAN

"Whatsoever you do, go with all your heart..."

" Ana rasa gelisah lah. Macam tak prepare ja nak ambik periksa tahun ni."

" Macam mana ni? Sebulan ja lagi."

Itulah antara komentar-komentar yang saya terima daripada adik-adik bakal calon SPM sekolah lama saya apabila saya menziarahi sekolah kesayangan saya baru-baru ini. Pelbagai karenah yang dapat saya lihat melalui riak-riak wajah mereka.

Ada yang menunjukkan wajah yang tenang, mampu tersenyum dan gembira seperti biasa. Bahkan masih lagi mampu melakukan usrah terhadap 'anak-anak buah'nya... Memantapkan fikrah dan rohani.

Ada yang wajahnya memancarkan bibit-bibit kegelisahan dalam diri. Gigih di saat-saat akhir menjelangnya SPM atau periksa.

Ada yang kekal di takuk yang lama. Masih lagi leka dan alpa. Leka dengan keasyikn dan keseronokan dunia.

Dan itulah mereka-mereka yang bakal 'berjuang' di dalam medan jihad menuntut ilmu. Dalam ketiga-tiga golongan di atas, pada kalian siapa yang akan mencapai kejayaan? sama-sama kita koreksi diri kira, muhasabah diri.

Hakikat penciptaan manusia, Allah SWT menutuskan kita sebagai hambaNya mengabdikan diri kepada Yang Maha Kuasa. Allah SWT berfirman dalam Surah Adz-Zariyat ayat 56 ; Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Jika ditimbang-timbang, perkataan ibadah itu merangkumi seluruh perbuatan kita dengan beberapa syarat tertentu; kerana Allah SWT, menepati syari'at Islam dan lain-lain. Maka, dalam hal menuntut ilmu juga merupakan salah satu daripada skop ibadah jika dilakukan dengan niat yang benar dan jelas.

Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11;

"...Dan sesungguhnya Allah SWT mengangkat darjat mereka-mereka yang berilmu dengan beberapa darjat...."

Maka dengan ini, post saya pada kali ini merupakan tips-tips dan motivasi bagi membuka mata dan hati kita semua, sebelum kita 'berjuang' dalam peperiksaan. Umumnya, saya tujukan buat adik-adik tingkatan lima 2009 seluruh Malaysia. Akan tetapi, segala pengajaran dan perkaa baik itu bolehlah kita semua ambilkan sebagai pegangan dalam jihad menuntut ilmu.

Belajar Bukan Untuk Periksa...

"Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri..."

Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka mendapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan.

Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis.





MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?

Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim

Rasulullah SAW kemudian memperjelas dengan bersabda: "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga masuk ke liang lahad."

Atau dalam hadis yang lain: "Menuntut ilmu adalah wajib bagi muslim laki-laki dan muslim perempuan."

Seharusnya kita semua sedar bahawa menuntut ilmu itu seharusnya di 'istiqamah' kan sehinggalah ke saat nyawa di hujung halqum. Namun realitinya sekarang ini berbeza. Ramai insan-insan yang dahulunya merupakan seorang pelajar, pelajar yang bijak dan pintar, apabila melangkah ke alam pekerjaan menjadikan diri mereka ini sebagai manusia yang mempunyai 'mentaliti mangsa' - suka menyalahkan sesuatu keadaan/ situasi.

"Alah, aku dah kerja, buat apa belajar lagi! Buang masa ja."

Saya sebenarnya agak berasa satu kerugian kerana saya telah agak lama meninggalkan satu subjek yang saya amat-amat gemari dan mahir, MATEMATIK. Hal ini kerana jurusan saya (Human Sciences) di univerisiti tidak ada subjek Matematik dalam jurusan tersebut. Agak terasa kesan kehilangannya meninggalkan bidang kira-kira ini buat diri saya. Sedih juga...

Maka, sebelum menghadapi peperiksaan, saya ingin mengajak kita sama-sama perbetulkan niat kita menuntut ilmu dan berguru selama ini. Perlu diketahui bahawa peperiksaan itu hanya sebagai wasilah (jalan) untuk menguji, setakat manakah kita menguasai sesuatu bidang tersebut.

Dan yang paling penting, niat menuntut ilmu itu perlulah jelas. Kita meletakkan mencapai redha Allah SWT sebagai yang utama, kemudian barulah mencapai kejayaan itu sendiri. Tanpa redha Allah SWT, segala usaha dan perahan otak kita itu hanya sia-sia.

Dan Allah SWT jugalah yang memberikan kejayaan kepada hamba-hambaNya.

Ingat! Belajar bukan untuk peperiksaan tetapi peperiksaan itu hanya sebagai wasilah kepada kejayaan redha Allah SWT, dunia dan akhirat.


Formula Kejayaan Seorang Muslim

" The art of living is more like wrestling than dancing..."

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja


"Yes! Dapat keputusan cemerlang... 17A tu. berbaloi pun usaha aku selama ni."

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Jarang sekali kita bersyukur...

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar 'berbatu-batu' jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah

Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu 'meminta'. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.

Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?

Maka ingin saya katakan di sini;

"La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma'ana"

Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi 'perangsang' kepada kebangkitan kita yang seterusnya.

Mungkin, Allah SWT menagguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur...

Saya pernah berhadapan dengan situasi kegagalan dalam peperiksaan. Menangis kesedihan, penuh dengan rasa kecewa. Tetapi, muhasabahlah yang menguatkan hati-hati kita. Kerana hati itu raja bagi sekelian diri.

Jika berjaya kamu bersyukur...

Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang teripta dengan lebih tersusun...

Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita...

Penutup: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar...

Akhir kalam, sebelum saya menamatkan perkongsian saya kali ini, ingin saya katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

Oh Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah juga hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

sumber :

*Hakcipta : Kesetiaan Yang Sempurna
Oleh : brohandzalah*
Editor : naadherah

Ahad, 28 Mac 2010

Usah jadikan gemuk, badan berbau alasan bercerai


BENARKAH tubuh badan yang gemuk, berbau busuk serta tidak pandai menjaga keterampilan diri khususnya ketika hendak melakukan hubungan seks dikatakan antara faktor penyebab berlakunya perceraian di negara ini?


Biarpun isu ini bukan satu perkara yang mengejutkan, pendedahan yang dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, baru-baru ini, berdasarkan satu kajian secara rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) perlu diberi perhatian.


Murugiah berkata, faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa pasangan suami isteri bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.
Katanya, masalah itu bukan sahaja tertumpu kepada wanita, tetapi juga kepada lelaki yang dilihat tidak menjaga diri seperti berperut buncit, tidak memberus gigi, mulut berbau busuk serta pelbagai lagi kekurangan fizikal yang menyebabkan isteri tidak tahan atau tidak dapat menerimanya.


Tambahnya lagi, di negara ini peratus perceraian mencecah 22 peratus sejak beberapa tahun lalu dan dijangka terus meningkat dan antara penyumbang kepada kes-kes tersebut adalah masalah hubungan di antara suami isteri yang tidak dapat diselesaikan.


Lantas apabila ditimbulkan persoalan ini kepada Pensyarah Jabatan Undang-Undang Islam, Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Datin Paizah Ismail, beliau menegaskan, usah jadikan faktor busuk dan gemuk itu sebagai satu dasar yang 'kukuh' untuk melafazkan perceraian.


Baginya, masalah seperti badan berbau dan fizikal itu masih boleh diselesaikan dan ia bukanlah satu alasan yang boleh menjurus penyebab perceraian.
''Di zaman yang serba moden ini, banyak produk atau bahan-bahan yang boleh menjadi pemangkin ke arah penampilan diri yang menarik.


''Sebagai contoh, penggunaan alat solek, minyak wangi, mandian spa dan sebagainya adalah salah satu kaedah yang boleh membantu mereka yang bermasalah badan berbau,'' katanya berseloroh.
Jelasnya lagi, Islam sendiri menitik beratkan aspek kebersihan, oleh itu individu terbabit perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas agar terhindar daripada sebarang masalah kesihatan.
"Bukankah kebersihan itu merupakan cerminan keimanan?
''Dalam erti kata lain, kita yang sering bertemu dengan orang ramai, sahabat handai, eloklah sekiranya keterampilan kita dilihat bersih dan terurus,'' katanya.


Namun, sekiranya suami atau isteri itu ingin juga bercerai hanya kerana masalah fizikal dan bau badan, mungkin ada alasan lain di sebalik maksud itu. Mungkin ketika itu hati mereka sudah tidak ada rasa kasih lagi mahu pun sudah 'melihat' insan lain.


Apabila menyentuh mengenai masalah fizikal, Paizah menasihatkan para suami atau isteri agar menerima keadaan pasangan mereka seadanya.
''Siapa yang tak nak cantik. Tapi janganlah pula kita merubah fizikal kita dengan menggunakan pelbagai kaedah yang boleh memudaratkan diri dan menyalahi hukum dengan mengubah apa yang Tuhan sudah berikan kepada kita, kecuali atas dasar kesihatan,'' katanya.


Paizah juga menyarankan agar pihak isteri dan suami saling nasihat-menasihati diri pasangan masing-masing atas dasar bagaimana keadaan yang mereka berdua mahukan demi kesejahteraan rumah tangga masing-masing.


''Sekiranya suami nasihat, isteri kena dengar, begitu juga suami, dia juga perlu dengar. Kena ada saling berkompromi dalam hal-hal seperti ini,'' katanya.


Pun begitu, beliau juga menasihatkan agar para isteri berhias untuk suami mereka.
''Bukannya kita nak berhias secara lebih-lebih, cukuplah sekadar dapat menyenangkan hati suami kita yang memandang. Jangan jadikan kesibukan menguruskan rumah tangga sebagai alasan untuk kita tidak sempat berhias diri,'' ujarnya.
sumber : utusan malaysia (rosmah dain, 24/03/2010)

Rabu, 24 Mac 2010

kesibukan membuat aku kurang sihat

sejak akhir-akhir ini aku rasa kurang sihat jer... adakah sebab kesibukanku? atau sebab aku dah berisi?????.... susah nak tafsirkan.. aku tak nak mengharap.. apa-apa pun tunggu jerlah bulan depan.. kalau period lewat baru boleh cek.. UPT.. +ve or -ve aku terima saja... aku tak boleh lewat mkn dah skrg... jam 11 perut tak de isi mesti pedih uluhati... malam kalau tak mesti nak makan sup tom yam... malam ni aku sorang semua keluar.. kwn da sorang tapi tido.. tak dapat tom yam, magie tom yam pun jadilah asalkan dah berkuah... hehehehe...

Sabtu, 13 Mac 2010

sekadar ingin berkongsi cerita...

cite yang menyentuh hati, perasaan dan nurani ku.... harap2 suami ku jenis macam ni..
KASIH SEORANG SUAMI DAN AYAH

Assalamualaikum,
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

thank kepada yang mereka cite ini, saya pun tak tahu betul atau tidak pengalaman ni... tapi betul2 terharu dengan cite ni...

Rabu, 10 Mac 2010

EGO........................


Ya.. ramai yang tidak suka dengan EGO.. ya aku tahu, kalau ego berlebihan ia akan memakan diri... ego.. bila digunakan di tempat yang betul ia akan membawa kepada kebaikan.. kadang-kadang aku menjadi ego.. ya ego untuk mempertahankan apa yang aku rasa benar dan betul.. bukan kerana aku melawan atau tak ingin mengalah.. tapi aku tak boleh mengalah pada perkara yang aku rasakan pendapat aku lebih boleh diterima pakai.. sampai satu tahap aku kena ego untuk mempertahankan pendapat itu... itulah aku...


dulu... aku hanya mengiyakan apa yang dikatakan .. apa pendapat dan sebagainya.. tapi sampai bila???? aku ada prinsip.. tak kan nak jadi pak turut... aku pun akan kerja satu hari nnti.. kalau aku hanya mengikut tanpa mengemukakan apa-apa pendangan atau pendapat sampai bila otak aku berkembang untuk jd lebih matang dan cergas untuk berfikir..


gunakanlah ego untuk kebaikan.. jgnlah jadi mangsa tindasan.. tp kandangkala kita kena mengalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.. mengalah tidak semestinya kalah

Ahad, 7 Mac 2010

My ZiraF..

merajuk ker...

tengok tu.. pandang belakang lak..

ni ekor..

ni muke....

ni mata....





Selasa, 2 Mac 2010

dasyat betul ni... kena hati2 tau..

Campur arak untuk sedapkan masakan

24/02/10KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.

sumber : kosmo

Doaku Harapanku...

LinkWithin

SweetMuslimah.com