SweetMuslimah.com

Isnin, 25 Januari 2010

Ya Allah berkatilah kehadiran kami ini..


Ya Allah....
berkatilah ya Allah kehadiran kami ini
semoga berkatmu ini akan menjadi penyubur pada pembinaan perkahwinan
yang penuh dengan mawaddah (kasih sayang) dan rahmat
Ya AllahYa Rabbana..
kami hanya mampu menandah tangan dan memohon kepadaMU
dengan penuh munajat agar apa yang kami hajati ini dimakbulkan...
sekiranya pada diri kami masih ada kesalahan dan dosa..
janganlah Ya Allah perkara ini menjadi penghalang pada termakbulnya doa kami..
yang terbit daripada hati yang ikhlas
dan daripada jiwa yang mengharapkan kebesaran serta keampunan daripadaMU...
Wahai Tuhan...
bekalkanlah kami dengan kasih sayang sejati,
perasaan belas kasihan yang hakiki,
tekad usaha yang tidak mengenal penat,
tawakal kepadaMU yang tidak mengenal erti pasrah
kesetiaan satu sama lain
dan yang terpenting keimanan kepada MU yang tidak mengenal ingkar....
Ya Rahman.. Ya Rahim....
berikan keinsafan kepada kami
bahawa kejayaan perkahwinan bukan bermula dengan kekayaan
bukan bertapak dengan kedudukan dan bukan bersemarak dengan pujian..
insaflkanlah kami bahawa kebahagiaan perkahwinan..
bermula dengan tidak lupa kepada MU ..
sentiasa merindukan kehadiranMU
berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahMU...
Ya Allah..
kurniakanlah kepada suamiku sebagaimana kesetiaan Zainab bt Muhammad.
pengabdian kepada Allah Taala sebagaimana pengabdian Rabiatul adawiyah
iltizam untuk menjadi isteri dan ibu yang soleh sebagaimana yang ada pada diri Sumayyah...
kurniakan kepada suamiku..
kebijaksanaan membimbing ku.. ke ambang syurga
dan semoga ia sabar dengan apa yang menduganya sebagaimana Nabi Allah Ayyub a.s
bersabar terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya..
Ya Allah..
sesungguhnya tidak ada doa yang susah bagimu untuk memakbulkan doaku..
semoga anak cucu dan keturunan kami menjadi insan-insan
yang bakal menjadi tunggak agamaMu dan tanah air yang kami cintai..
Amin Ya Rabbal Alamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doaku Harapanku...

LinkWithin

SweetMuslimah.com