SweetMuslimah.com

Jumaat, 29 Januari 2010

Alhamdulillah..

tadi pegi jumpa penyelia PSM ku.. nampaknya dah tak da maslah cuma nak betulkan sikit je untuk slide show power point.. hmm.. Mudah2 han masa present nanti aku tidak gugup dan gementar dan neves.. hehehehe..

Ya Allah.. kuatkan lah semangatku.. Amin..

Khamis, 28 Januari 2010

Jadual pembentangan proposal dah keluar.... dup dap dup dap.

tengok kat atas tu... takutnya.. aku akan wat yang terbaik.. yes2 i con do it... i will excellent... Amin...
untuk suami ku.. doakan isteri mu.. mudah2an.. semua berjalan dengan baik dan cemerlang dalam pembentangan proposal... Amin....
untuk kawan2 ku.. sama2 kita berusaha supaya kita dapat buat yang terabik punya... hehehehe

Berkawan...

...........KAWAN...........

kadang-kadang aku berasa lucu dengan istilah berkawan ni... kita susah mahu mencari kawan yang betul2 kawan.. hmm... aku pun kadang2 sampai tak tahu siapa kawan dan siapa lawan.. mahu dibiarkan hati meronta nak meluahkan dan melepaskan tekanan.. di lepaskan ada yang tersalah faham dan berfikiran negatif pulak.. hmmm.. baru aku faham kenapa ramai yang memilih untuk bersendiri daripada memiliki kawan yang sejati dan dikatakn 'kawan karib'. padahal 'kawan karib' tulah yang biasanya menghancurkan kita.. aku semakin keliru menilai kawan yang sebenarnya..



ntahlah... mungkin kawan2 belum cukup matang atau aku yang belum cukup matang untuk menilai kawan.. tapi.. kadang2 aku terasa aku jadi mangsa.. mangsa untuk membalas ketidakpuasan hati seorang kawan.. ntahlah.. apa2 pun biarlah terus berlalu menjadi tanda tanya.. biarkan saja apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka katakan, yang penting.. aku mesti berusaha untuk buat yang terbaik, biar suami n keluarga semua gembira dengan kejayaanku... AMIN...



semua bersalah.. tiada yang betul... aku tidak boleh salahkan sesiapa.. masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.. pandai2lah kita untuk mencorakkanya. supaya ia tidak menjadi beban dalam berkawan..

Isnin, 25 Januari 2010

Sibuk n buzy..


Tak sedar aku ada setahun lagi di UTHM tercinta ini.. syukur Alhamdulillah.. mudah2han semua berjalan dengan baik.. semester ni yang paling sibuk.. sebab kena buat PSM. walaupun PSM 1 tapi kena buat betul2 ni akan mempengaruhi PSM semester depan.. aku tahu tajuk aku ni banyak org yang dah buat.. tapi aku akan buktikan walaupun tajuk ini ramai yang dah buat.. tapi skop kajian dan objektif kajian aku berbeza.. dan aku akan buktikan akan buat yang terbaik.. Amin.. biar org tertawakan, mengata, aku tak peduli.. aku akan buat yang terbaik..


taty.. you can do it.. you will pass.. don't give up..

Ya Allah berkatilah kehadiran kami ini..


Ya Allah....
berkatilah ya Allah kehadiran kami ini
semoga berkatmu ini akan menjadi penyubur pada pembinaan perkahwinan
yang penuh dengan mawaddah (kasih sayang) dan rahmat
Ya AllahYa Rabbana..
kami hanya mampu menandah tangan dan memohon kepadaMU
dengan penuh munajat agar apa yang kami hajati ini dimakbulkan...
sekiranya pada diri kami masih ada kesalahan dan dosa..
janganlah Ya Allah perkara ini menjadi penghalang pada termakbulnya doa kami..
yang terbit daripada hati yang ikhlas
dan daripada jiwa yang mengharapkan kebesaran serta keampunan daripadaMU...
Wahai Tuhan...
bekalkanlah kami dengan kasih sayang sejati,
perasaan belas kasihan yang hakiki,
tekad usaha yang tidak mengenal penat,
tawakal kepadaMU yang tidak mengenal erti pasrah
kesetiaan satu sama lain
dan yang terpenting keimanan kepada MU yang tidak mengenal ingkar....
Ya Rahman.. Ya Rahim....
berikan keinsafan kepada kami
bahawa kejayaan perkahwinan bukan bermula dengan kekayaan
bukan bertapak dengan kedudukan dan bukan bersemarak dengan pujian..
insaflkanlah kami bahawa kebahagiaan perkahwinan..
bermula dengan tidak lupa kepada MU ..
sentiasa merindukan kehadiranMU
berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahMU...
Ya Allah..
kurniakanlah kepada suamiku sebagaimana kesetiaan Zainab bt Muhammad.
pengabdian kepada Allah Taala sebagaimana pengabdian Rabiatul adawiyah
iltizam untuk menjadi isteri dan ibu yang soleh sebagaimana yang ada pada diri Sumayyah...
kurniakan kepada suamiku..
kebijaksanaan membimbing ku.. ke ambang syurga
dan semoga ia sabar dengan apa yang menduganya sebagaimana Nabi Allah Ayyub a.s
bersabar terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya..
Ya Allah..
sesungguhnya tidak ada doa yang susah bagimu untuk memakbulkan doaku..
semoga anak cucu dan keturunan kami menjadi insan-insan
yang bakal menjadi tunggak agamaMu dan tanah air yang kami cintai..
Amin Ya Rabbal Alamin...

Hari persandingan

sama cantik sama padan... hehehehe
ait..!!! peluk??? xper.. dah jadi isteri kan..hehe

sedihnya.. terharu.. macam2 perasaan...

my hero

heroin..





Nuawi & Hartati bersatu


Assalamualaikum... syukur alhamdulillah majlis pernikahan ku 5hb disember 2009 berjalan dengan baik.. walaupun sikit kelam kabut.. tapi yang penting aku dah sah jadi isteri kepada Nuawi B Che Esa.. Alhamdulillah.. dan insyaAllah mase cuti mid term tahun baru cina majlis menyambut menantu pulak di Kg Takang Bachok Kelantan.. terima kasih kepada mak n bapa, keluarga mertua, family2, dan tetamu yang datang serta kawan2.. doakan rumahtangga kami akan berkekalan hingga ke syurga.. Amin..
DUGAAN???.. ya kami pasti akan diuji.. dan aku harap aku sentiasa tabah dan sabar dengan ujian itu.. cuma satu yang aku harapkan biarlah dugaan itu akan mengeratkan lagi hubungan kami sebagai suami dan isteri dan juga bakal mama dan papa kepada anak kami kelak.. wah... luah perasaan pulak aku ni.. hehehehehe..

Doaku Harapanku...

LinkWithin

SweetMuslimah.com