SweetMuslimah.com

Ahad, 28 Februari 2010

Penduduk selatan sabah dinasihati jauhi pantai

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi Malaysia.
Katanya, ini berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 kilometer dari timur laut bandar Conception, Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia) Sabtu lalu. -Bernama


sumber : utusan malaysia (28/02/2010 10:46am)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doaku Harapanku...

LinkWithin

SweetMuslimah.com